Pesan guru ingat selalu, ada empat perkara yang perlu diberi perhatian dalam menuju sukses.
1. Mesti ada Impian.
Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh? Dari sekarang mesti
perlu berani memasang Impian. Mimpi mesti besar, mesti terang, mesti
jelas. Impian ini mesti dilakar, ditulis, ditampal, ditatap dan disayang
selalu. Takut bermimpi tentang kejayaan sedang hanya membataskan
keupayaan diri. Mimpi itu memberi tenaga luarbiasa untuk usaha.
...
2. Ikhtiar seiring impian.
Mempunyai mimpi sahaja tidak cukup. Kita perlu bertindak seiring dengan
apa yang kita mahu. Mahu pendapatan RM100,000 sebulan, ikhtiar jangan
pula seperti RM100 sahaja. Ikhtiar mesti padu, ikhtiar mesti terus
selalu. Ikhtiar bukan ditunggu-tunggu. Orang sukses itu usaha mereka
terus menerus, tidak pernah berhenti dan puas. Ikhtiar ini termasuklah
menjaga ibadah kita. Doa tidak putus-putus memuji Tuhan.
3. Berani belajar dan buat.
Kalau takut-takut, jangan mimpi mahu buat bisnes. Kalau sudah berani,
jangan takut-takut lagi. Kita mesti berani untuk belajar. Belajar
perkara baru setiap hari, jangan pernah jemu jangan pernah berhenti.
Jangan asyik belajar dari orang berjaya sahaja, buang ego untuk belajar
dari sesiapa sahaja. Orang gagal juga ada ilmunya. Percayalah ilmu
praktis ada pada setiap pengalaman manusia, setiap orang ada cerita yang
boleh dijadikan pengajaran.
Belajar sahaja tidak cukup, ramai
orang pandai belajar. Belajar ilmu bisnes, ilmu marketing
bertahun-tahun, tetapi mahu buat tidak berani. Bisnes perlukan tindakan,
belajar satu kali, praktis semula berkali-kali. Apabila sudah buat,
kita akan dapat sesuatu. Bila sudah dapat, dari situ kita terus belajar
dan berkembang. Mesti berani buat, jangan sekadar berani cakap nak buat.
4. Bersilaturahim
Seterusnya mesti jaga silaturahim, memanjangkan silaturahim bermaksud
kita bersedia menerima rezeki yang panjang. Jangan berkira-kira apabila
mahu bersilaturahim, bina hubungan dengan semua orang, biarpun dia si
tukang rumah. Siapa tahu dahulu dia kontraktor besar punya pengalaman
bisnes, dari situ kita belajar. Ada tiga kenikmatan dalam
bersilaturahim, umur panjang, rezeki senang dan awet muda. Kita mesti
membina hubungan baik dengan sesiapa sahaja.
PELUANG KERJAYA Perunding Takaful (Sepenuh/Separuh
Masa diperlukan)
Dua soalan yang boleh Mengubah HIDUP Anda.
1.
Adakah pekerjaan anda sekarang adalah apa yang anda mahu lakukan untuk sepanjang
hayat anda?
2. Apakah ciri-ciri utama yang anda cari jika anda sedang mencari
pekerjaan baru?
"Berniagalah sekalipun kamu telah Kaya - Hassan Al
Banna"
"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung" - (Q.S. Ali Imran
[3]:104)
Penglibatan sebagai Perunding Takaful adalah satu tugas
menyampaikan muamalat Islam melalui konsep Takaful dan yang paling penting
menyedarkan masyarakat Islam agar tidak terlibat dalam sistem yang bercampur
dengan Al Gharar, Al Maisir dan Riba: atau yang ditegah dalam Agama
Islam.
"Sampaikan dariku walau hanya satu ayat" - (HR.
Bukhari"
Mencari yang "HALAL" itu adalah suatu KEWAJIBAN
Ciri-ciri Peribadi Yang
Diperlukan
- Berusaha Mencari yang HALAL
- Amat Meminati profesion ini
- Seorang yang rajin, tekun dan kuat berusaha serta bersandarkan kepada
nilai-nilai Islam
- Tidak cepat Putus Asa
- Berkemahiran dalam komunikasi
- Berkeyakinan Tinggi
- Memiliki jiwa keusahawanan
- Tidak malu untuk berurusan dengan orang ramai
- Sanggup bekerja tanpa mengira tempat dan masa
- Berpakaian kemas
- Mempunyai DISIPLIN yang tinggi
- Berpengetahuan dalam IT
Nikmati komissyen dan pelbagai
bonus
- Komisyen bulanan (dibayar 2 kali dalam sebulan)
- Bonus Produksi
- Bonus Persistensi
- Bonus Perkongsian Syarikat
- Konvensyen Luar Negara - Umrah dan Pelancungan PERCUMA
Bagaimana nak Mendaftar?
- Isi borang pendaftaran, sila hubungi saya
- (MANSOR LAJIS)-013-6984488
- Sediakan SALINAN Kad Pengenalan
- Sediakan SALINAN Akademik, Minimum SPM sahaja
- Wang Tunai RM80 bagi tujuan peperiksaan "Takaful Basic Exam".
- Proses pendaftaran lengkap akan diuruskan oleh pihak agensi yang dilantik