Profil


                 AGENCY SAFUAN (UNIT 846-MANSOR BIN LAJIS)
                                              MILIION RINGGIT AGENCY

Takaful IKHLAS

IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur.
Tel.: 03 – 2723 9999       Faks.: 03 – 2723 9998
Khidmat Pelanggan: 03 – 2723 9696
Laman web: www.takaful-ikhlas.com.my 
Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

PROFIL TAKAFUL IKHLAS BERHAD
Merupakan sebuah syarikat pengendali takaful yang mana operasi perniagaan kami adalah berlandaskan prinsip Syariah.
Kami mengguna - pakai kontrak Tabarru', di mana peserta bersetuju menderma peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana risiko untuk membantu peserta lain.
Model Wakalah (Model Takaful IKHLAS) membolehkan sebahagian besar daripada akaun peserta digunakan bagi tujuan pelaburan di mana ia dapat memberikan kadar pulangan yang optimum, la juga menyediakan peruntukan yang lebih kerap bagi pendapatan pelaburan dan lebihan kepada akaun pelaburan peserta. Pelaburan semula dengan segera bagi pendapatan pelaburan dan lebihan mampu menghasilkan Jumlah pulangan yang lebih baik kepada para peserta.


Syarikat Induk
Diperbadankan pada tahun 1972, MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan yang mempunyai anak-anak syarikat terlibat dalam perniagaan reinsurans dan retakaful. MNRB yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad telah mencatat perolehan sebanyak RM978.6 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.
  
Dana
pemegang saham MNRB telah meningkat kepada RM893.9 juta pada tempoh yang sama dengan jumlah aset bernilai lebih RM2.6 bilion. Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Bumiputra di bawah naungan PNB merupakan pemegang saham terbesar MNRB



PENDEKATAN PERNIAGAAN

Di Takaful IKHLAS, kami mengurus dan mengendalikan perniagaan kami selaras dengan prinsip-prinsip Syariah. Kami komited sepenuhnya bagi memastikan keadilan dan kesaksamaan dilaksanakan dalam semua urusan kami. Oleh itu, semua hal operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diktiraf dan profesional.

VISI

Takaful IKHLAS adalah penyedia Takaful pilihan yang berteraskan kepada prinsip-prinsip Islam.

MISI

Kami menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti.


Nilai Teras (IQRA)



Nilai IKHLAS (Fatanah, Amanah, Siddiq, Tabligh)
Standard etika dan moral tertinggi memerlukan kami menjadi ikhlas dan jujur dalam urusan kami. Ini bermakna menjadi telus dan mengambil tanggungjawab. Ia bererti mengotakan apa yang kami kata dan memenuhi tanggungjawab kami.

2. Kualiti (Warga, Sistem, Strategi, Jualan)
Kawalan kualiti menyeluruh bagi produk dan perkhidmatan kami selain pengurusan kualiti total memastikan kami memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

3. Dipacu Hasil (Jiwa dan Semangat)
Kami cuba untuk melampaui jangkaan pelanggan, bukan sekadar memenuhi standard ataupun sasaran.

4. Sikap (Penetapan Minda yang Betul)
Kami mengekalkan penetapan minda yang betul bagi mencapai kejayaan dalam memberikan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah kepada para pelanggan kami.

KONSEP TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)

Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)

Dalil Tanggungjawab
Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Dalil Saling Melindungi
Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Manfaat yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas Sdn Bhd

~  Manfaat Harta Pusaka

~  Manfaat Pelaburan berlandaskan syara

~  Manfaat Kad Bantuan Perubatan Eksklusif

~  Manfaat Hilang Upaya Kekal

~  Manfaat Kemalangan Diri

~  Manfaat Penyakit Kritikal

~  Manfaat Elaun Harian Wad Hospital

~  Manfaat Saraan Tahunan

~  Manfaat Dana Pendidikan

~  Manfaat Dana Pengurusan Jenazah

~  Manfaat Pengecualian Sumbangan

~  Manfaat Musibah Pembayar

~  Perancangan Hibah Manfaat

~  Perancangan Badal Haji

~  Perlindungan Takaful Perniagaan

~  Perlindungan Takaful Kenderaan & Bangunan

~  Takaful Tanggungan Awam &  Pampasan Pekerja

Takaful IKHLAS sebagai sebuah pengendali takaful yang dibarisi oleh barisan PENGARAH 100% BUMIPUTERA MUSLIM, serta diawasi oleh barisan PANEL PEMATUHAN SYARIAH yang berkaliber amat mengambil berat tentang hal perwarisan dalam memberikan manfaat kematian yang disediakan.

Bagi memenuhi misinya untuk menyediakan penyelesaian kewangan Islam bernilai tambah yang berintegriti, Takaful IKHLAS telah menawarkan dua khidmat tambahan yang berkaitan dengan perancangan pusaka iaitu BORANG CADANGAN HIBAH dan PERANCANGAN BADAL HAJI.

Khidmat TAKAFUL IKHLAS dalam Perancangan Harta Pusaka Islam

1. Mencipta Harta Pusaka

TAKAFUL IKHLAS menyediakan perkhidmatan menguruskan DANA TABARRU’ sebagai suatu tabung khairat bagi manfaat kematian peserta untuk digunakan oleh penama (Wasi) dalam pengurusan pusaka peserta dan seterusnya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid untuk meneruskan kehidupan.

Kelebihan manfaat penciptaan harta pusaka ialah:
i. Menyediakan harta pusaka dalam bentuk tunai kepada waris.
ii. Harta tidak dibekukan seperti simpanan di bank kerana penama sudah dilantik.
iii. Dapat mengelakkan harta tak alih seperti tanah dan rumah dari terjual (dilupuskan untuk mendapat tunai).


2. Borang Penamaan HIBAH Bersyarat
TAKAFUL IKHLAS menyediakan BORANG CADANGAN HIBAH di mana peserta mencadangkan Pemegang Amanah (Pengurusan TAP) untuk menyerahkan HAK manfaat kematian peserta kepada benefisiari-benefisiari tertentu mengikut peratusan yang ditetapkan, selepas kematian peserta.

“Manfaat Takaful BOLEH dihibahkan kerana tujuan takaful adalah memberi perlindungan kepada peserta. Memandangkan manfaat takaful adalah HAK peserta, peserta sepatutnya diberi kebebasan untuk menggunakan hak mengikut pilihannya selagi ianya tidak bercanggah dengan Syara”.
(Keputusan Majlis Penasihat Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful kali ke-34 pada 21 April 2003)

Kebanyakan peserta bahkan wakil syarikat takaful dan insurans, tidak menitikberatkan hukum faraid pada penama yang dinamakan di dalam borang penama.

Allah amat menitikberatkan hak waris & anak yatim sepertimana beberapa firman-Nya di dalam Al-Quran (contoh: rujuk Surah An-Nisa’ : Ayat 2, 10, 11 & 12)

Borang cadangan hibah adalah perkhidmatan yang disediakan untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan terhadap waris akibat kurangnya pengetahuan tentang ilmu faraid.

Namun begitu Takaful Ikhlas menetapkan beberapa syarat untuk menghibahkan manfaat kematiannya kepada waris.

Kelebihan Borang Penamaan Hibah Bersyarat:
i. Sebahagian besar atau kesemua HAK mendapat wang pampasan boleh diserahkan terus kepada penanggung keluarga selepas peserta meninggal dunia.
ii. Tidak tertakluk kepada hukum faraid.
iii. Dapat mengurangkan risiko waris berdosa mengambil hak waris yang lain.

3. Perancangan Badal Haji

TAKAFUL IKHLAS turut menyediakan khidmat BADAL HAJI sekiranya peserta meninggal dunia sebelum sempat menunaikan ibadah tersebut, sepanjang polisi masih berkuatkuasa.

Kelebihan Perancangan Badal Haji:
i. Waris tidak perlu bersusah payah mencari dana dan perkhidmatan mengerjakan badal haji.
ii. Waris boleh terus menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian.
iii. Dapat mengelakkan dari waris terlupa menunaikan urusan (hutang) si mati dengan Allah.

Sila hubungi 013-6984488 untuk maklumat lanjut berkenaan Borang Cadangan Hibah dan Perancangan Badal Haji yang disediakan oleh Takaful IKHLAS Sdn Bhd.

KELEBIHAN TAKAFUL IKHLAS

1. Muamalat yang berlandaskan Syarak - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bersetuju dengan pandangan ulama seluruh dunia dengan memutuskan bahawa insurans konvensional adalah HARAM. Oleh yang demikian khidmat yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS adalah 100% patuh syariah dan harus di sisi syarak.



2. Berikut pula adalah sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor, yang menjelaskan bahawa modal Takaful IKHLAS adalah dari sumber yang HALAL.



3. Panel Pengawasan Syariah yang diiktiraf, barisan panel yang memastikan keseluruhan operasi syarikat, etika berpakaian, akhlak wakil dan pekerja sehingga kepada pengurusan acara, berjalan mengikut nilai-nilai Islam berlandaskan syarak.

Barisan Pengarah 100% Bumiputera bagi menjadi pemangkin kejayaan dan kemajuan bumiputera.

 3. IKHLAS Point, sebuah bangunan komersial di ibukota di mana ibu pejabat Takaful Ikhlas Sdn Bhd ditempatkan. Lokasi sektor hartanah yang sangat strategik di Bangsar South, bertujuan untuk meningkatkan pelaburan para peserta;

4. Pelan yang Jelas dan SELARI DENGAN SYARIAH, Model Wakalah Takaful IKHLAS yang menerapkan konsep tabarru’ dan wakalah, serta caj pengurusan yang rendah untuk manfaat pelaburan yang lebih baik kepada peserta;
 5. Dianugerahkan Pelbagai Anugerah Terbaik di dalam beberapa kategori pada usia operasi yang masih muda;

Latarbelakang Takaful Ikhlas


  • Anak syarikat kepada MNRB Holdings Bhd. dan sebahagian daripada keluarga PNB 
  • Takaful Ikhlas mempunyai modal berbayar dan modal berdaftar sebanyak RM 295 juta.
  • Pada 31 Mac 2012, sumbangan kasar syarikat adalah sebanyak RM 695 juta
  • Ditubuhkan pada 18 September 2002 dan mula beroperasi pada 2 Julai 2003.
  • Beroperasi berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.
  • Jumlah Aset Dana Takaful Keluarga sehingga 31 March 2011 adalah sebanyak RM1.3 Billion

 Untuk Maklumat lanjut sila rujuk web www.takaful-ikhlas.com.my
Sila layari http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/award_01.html untuk mengetahui anugerah-anugerah yang diperolehi Takaful IKHLAS.

Takaful IKHLAS Menang Penyedia Takaful Terbaik Euromoney Buat Kali Ke-3







































































Berita Terkini
Loading...
Hantar Pesanan
Press Esc to close
Hakcipta © 2014 Takaful Ikhlas Hak Cipta Terpelihara.